OKTOBER 2022

Abang Johari Rasmi Festival Regatta Sarawak


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir merasmikan Regatta Sarawak tahun ini bertempat di Tebingan Kuching pagi ini tadi. 

Selepas ketibaan, beliau telah menyempurnakan Majlis Memperingati Bulan Kanser Payudara dan kemudiannya menyempurnakan majlis “eye dotting” dan penyerahan paddle oleh Temenggong Bahagian Kuching sebagai simbolik perasmian Regata Sarawak tahun ini.

Sejurus selepas itu, Premier Sarawak bersama di-dif kehormat lain telah mengunjungi ‘booth’ jualan kraftangan serta menyempurnakan Mini Pelancaran Festival Kraf Tekstil Borneo.

Hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif  dan Seni Persembahan Sarawak Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Nancy Shukri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar serta dif-dif kenamaan yang lain. 

Sumber dari : Sarawakku